ARTIKEL

Foto: Freepik.com

Pakistan Terima US$3 Bilion Daripada Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HYDERABAD: Pakistan telah menerima dana berjumlah US$3 bilion daripada Arab Saudi bagi mengukuhkan rizab pertukaran asing negara itu.

Bank Negara Pakistan (SBP) memaklumkan pada Selasa pihaknya telah menerima US$1 bilion daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi pada Isnin, yang merupakan pusingan kedua daripada deposit US$3 bilion yang dipersetujui baru-baru ini.

Pusingan pertama berjumlah US$2 bilion telah diterima pada 15 April lepas.

Dana daripada Arab Saudi itu dijangka dapat menambah baik kedudukan imbangan pembayaran Pakistan ketika negara itu berdepan komitmen pembayaran balik luar negara dalam masa terdekat, termasuk US$3.5 bilion kepada Abu Dhabi pada bulan ini.

Menurut data SBP, jumlah rizab asing cair Pakistan setakat 10 April berjumlah US$20.52 bilion. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,