ARTIKEL

Poster Pameran Pendidikan dan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak.

Pameran Pendidikan, Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak 20 Jun Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendidikan merupakan asas penting dalam membangunkan sesebuah negara dan melahirkan generasi pemimpin serta tenaga mahir yang mampu membawa Sarawak ke tahap lebih tinggi pada masa hadapan.

ADUN Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, usaha memperkukuh pendidikan perlu terus diberi perhatian kerana pembangunan modal insan berkualiti menjadi kunci kepada kemajuan negeri.

Lo Khere Chiang pada sidang media Pameran Pendidikan dan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak, di sini hari ini.

“Untuk membina sesebuah negara, kita perlu membina sistem pendidikannya terlebih dahulu. Pendidikan asas yang akan melahirkan generasi pemimpin dan pakar dalam pelbagai bidang pada masa hadapan,” katanya pada sidang media Pameran Pendidikan dan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, hari ini.

Beliau berkata, program seumpama ini penting bagi membantu meningkatkan kesedaran pelajar dengan peluang pendidikan yang tersedia serta membolehkan mereka merancang masa depan dengan lebih baik.

Sementara itu, pengerusi penganjur, Amy Chong berkata, seramai 200 hingga 300 peserta dijangka menghadiri Pameran Pendidikan dan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak yang akan berlangsung di Ibu Pejabat SUPP pada 20 Jun ini.

Menurutnya, program tersebut akan menghimpunkan 29 universiti, kolej dan institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai pilihan pengajian serta laluan pendidikan kepada pelajar dan lepasan sekolah.

“Pameran ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan wakil institusi pendidikan bagi mendapatkan maklumat berkaitan program akademik, syarat kemasukan, biasiswa, bantuan kewangan dan prospek kerjaya,” katanya.

Tambah beliau, penganjuran kali ini turut menampilkan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak yang melibatkan beberapa agensi kerajaan negeri bagi memberi pendedahan kepada golongan muda berkaitan fungsi, tanggungjawab dan peluang kerjaya dalam sektor awam.

Program yang berlangsung dari 10 pagi hingga 3 petang itu terbuka kepada pelajar sekolah, lepasan sekolah dan orang awam.

Amy Chong ketika bercakap pada sidang media Pameran Pendidikan dan Ekspo Kerjaya Kerajaan Sarawak, di sini hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira