ARTIKEL

solonya yang bertema ‘Solidariti Palestine’ di Majma Mall.

Pameran solo ‘photojournalism’ promosi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang jurugambar yang menerajui bidang fotojurnalisme, menanam impian untuk mempromosikan Sarawak dengan menganjurkan pameran solo keempatnya tahun hadapan.

Impian tersebut tercetus daripada kejayaan pameran solonya Solidarity Palestine yang sedang dilaksanakan di Majma Mall sehingga 29 Disember ini, dengan harapan pameran solo keempatnya itu dapat direalisasikan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.

Nadim yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai fotojurnalis berkata, ketika menjalankan tugas di lapangan, banyak detik-detik suka dan duka yang dapat beliau abadikan melalui gambar dan ia seterusnya dijadikan bahan seni. 

Di samping itu, katanya, tugas sebagai fotojurnalis di lapangan memberikannya banyak pengalaman berharga yang tidak dapat diperoleh di tempat lain.

“Bagi memastikan hasil karya saya berkualiti, saya menerapkan disiplin kerja yang tinggi di samping sentiasa membuat persiapan rapi sebelum turun ke lapangan.

“Mahupun begitu, tidak dinafikan saya juga pernah jatuh dan bangun dalam industri tersebut.

Namun, saya sentiasa menganggapnya sebagai pengajaran kepada diri untuk terus meningkatkan kebolehan diri malah dengan adanya sokongan dan dorongan daripada orang sekeliling, saya mampu bertahan sehingga kini,” katanya Nadim berkata, peluang mengadakan pameran sebelum ini turut memberikannya pengalaman yang membuka mindanya.

“Sepanjang mengadakan pameran lalu, saya berpeluang untuk belajar daripada pengunjung yang juga fotojurnalis. Mereka sangat baik hati memberi komen dan pendapat bernas untuk menambah baik kualiti karya saya.

“Ada pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat serta dalam negara turut berkongsi teknik dalam menghasilkan sudut terbaik gambar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap ada penaja yang sudi tampil untuk bekerjasama dalam mereliasasikan perancangan penganjuran pameran solo berkenaan.

Katanya, sebelum ini, beliau turut pernah mengadakan pameran solo Photojournalism In the Eyes of Nadim Bokhari di Pustaka Negeri Sarawak pada 2022 dan Photojournalism In The Eyes of Nadim BokhariPart 2 di Heritage Central Cafe, Bangunan Yayasan Sarawak pada Mei lalu.

“Sekiranya mendapat penajaan, saya berhasrat mempamerkan pelbagai gambar ketika menjalankan tugas sebagai fotojurnalis, bagi mengetengahkan hasil kerja saya pada pameran solo kali keempat nanti,” tambahnya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU