ARTIKEL

Beregu campuran negara Hoo Pang Ron (kanan) dan Lai Pei Jing (kiri) - Gambar fail

Pang Ron-Pei Jing Mara Ke Separuh Akhir Masters China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak cemerlang di Masters China  apabila berjaya meloloskan diri ke separuh akhir selepas menumpaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Hsu Yin Hui hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Shenzhen, gandingan no 85 dunia itu tidak berdepan masalah menundukkan lawannya dengan kemenangan straight set 24-22, 21-5 dalam tempoh 35 minit.

Menanti Pang Ron-Pei Jing esok adalah pemenang satu lagi aksi suku akhir melibatkan wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian yang akan turun menentang seorang lagi gandingan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.

Untuk rekod ini merupakan kali pertama Pang Ron-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir untuk kejohanan bertaraf Super 750.- BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama