ARTIKEL

Hoo Pang Ron (kanan) dan Cheng Su Yin (gambar fail)

Pang Ron-Su Yin perlu rebut peluang rangkul gelaran terbuka Jerman – Nova

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran meningkat naik, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin perlu merebut peluang untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia sulung mereka pada Terbuka Jerman 2025 yang bermula hari ini.

Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata anak buahnya yang merupakan pilihan kedua kejohanan memiliki peluang mengungguli saingan bertaraf Super 300 yang berlangsung di Mulheim, memandangkan tidak banyak gandingan utama dunia menyertainya.

“Ini masanya untuk Pang Ron-Su Yin bergelar juara. Pesan saya kepada mereka, yang penting teruskan melawan, nanti kejuaraan datang sendiri,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.

Pasangan ke-14 dunia itu dijadual membuka kempen Terbuka Jerman menentang Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri dari Algeria esok.

Pencapaian terbaik Pang Ron-Su Yin sejak digandingkan pada 2023 adalah muncul naib juara China Masters 2024 yang menyaksikan mereka tumpas kepada gandingan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 23-21, 23-25, 16-21.

Sementara itu, Widianto optimis keyakinan Pang Ron-Su Yin bakal melonjak sekiranya mereka berjaya mendakap gelaran pertama nanti.

Walau bagaimanapun, bekas pemain Indonesia itu berharap gandingan itu tidak berasa puas dengan hanya satu gelaran, sebaliknya perlu sentiasa dahagakan kejayaan untuk setiap kejohanan yang disertai. – BERNAMA

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha