ARTIKEL

Panik punca mudah terpedaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Masyarakat terus diingatkan agar meningkatkan waspada terhadap penipuan telefon yang hampir setiap minggu dilaporkan.

Terbaharu kata ADUN Kalaka Mohamad Duri melibatkan seorang guru muda dari Saratok.

“Saya percaya kempen kesedaran telah banyak dilakukan oleh pihak berwajib, lebih-lebih lagi apabila semua masyarakat terdedah dengan telefon pintar.

“Tetapi penjenayah penipuan telefon licik. Macam-macam cara digunakan untuk memperdayakan mangsa.

“Justeru, saya mengingatkan agar masyarakat terutama penjawat awam yang menjadi sasaran sindiket, dapat lebih berhati-hati… jangan mudah terpedaya.

“Paling penting jangan malu untuk meminta pendapat atau nasihat daripada orang terdekat atau pihak polis,” katanya ditemui seusai program di sini, semalam.

Jelasnya, apa yang menimpa guru berusia awal 30-an di Saratok, beliau panik kerana didakwa telah melakukan kesalahan.

“Sebab polis menyarankan agar tidak melayan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Jangan panik atau cemas dan takut dengan sebarang dakwaan jika kita tidak melakukannya.
“Jangan sesekali memberikan maklumat perbankan kepada orang lain.

“Atau boleh juga menghubungi Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997, jika anda menjadi mangsa penipuan siber dan baharu sahaja membuat transaksi pemindahan wang,” ujarnya.

Mohamad terdahulu menghadiri Program Saringan Kesihatan Komuniti anjuran Yayasan Buah Pinggang Malaysia Bahagian Samarahan di Kampung Kaba dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pelbagai program diadakan seperti saringan kesihatan secara percuma dan pertandingan mewarna untuk murid SK Haji Bollah. Pegawai Kesihatan Bahagian Betong Dr Norhaizam Ahmad Narawi dan Koordinator Yayasan Buah Pinggang Malaysia Bahagian Samarahan Nurizatul Jelani turut hadir sama.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU