ARTIKEL

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Input Pertanian di bawah Program Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF) bagi kawasan DUN N.4 Pantai Damai, di sini, hari ini.

Pantai Damai berpotensi jadi pembekal tembikai terbesar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawasan DUN Pantai Damai berpotensi muncul sebagai pembekal tembikai terbesar di Sarawak berikutan keluasan tanah yang sesuai serta penglibatan aktif penduduk dalam sektor pertanian kontan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kawasan seperti Telaga Air dan Kampung Trombol mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai hab pengeluaran tembikai berkualiti tinggi di negeri ini.

“Mungkin kita boleh membuat andaian pada masa akan datang. Mungkin kawasan Pantai Damai ataupun kawasan Telaga Air dan Kampung Trombol menjadi pembekal tembikai terbesar di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Input Pertanian di bawah Program Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF) bagi kawasan DUN N.4 Pantai Damai, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, aktiviti pertanian kini menjadi antara sumber ekonomi utama masyarakat luar bandar di kawasan Pantai Damai, khususnya menerusi tanaman kontan seperti tembikai dan nanas.

Justeru, katanya, usaha seterusnya adalah meningkatkan mutu serta kualiti tanaman tembikai melalui kerjasama dengan Jabatan Pertanian dan agensi penyelidikan berkaitan.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan hasil tembikai tempatan mampu memenuhi piawaian pasaran luar negara, terutama dari segi ketahanan, rasa dan nilai kesihatan.

“Kita mahu memastikan tembikai yang dihasilkan tahan lama untuk dihantar ke luar negara selain mempunyai isi yang sedap, manis dan berkualiti,” katanya lagi.

Beliau berkata pengusaha ketika ini masih menanam buah tembikai mengikut kemampuan masing-masing dan belum menetapkan standard tertentu dari segi saiz atau bentuk buah.

Bagaimanapun, katanya, perkara paling utama adalah memastikan kualiti hasil bagi memenuhi keperluan pasaran eksport.

Tambah beliau, Sarawak dijangka mula mengeksport produk tanaman kontan melalui Lapangan Terbang Bebuling di Betong bermula awal tahun depan.

“Kita mahu memastikan apabila tembikai ini dihantar ke luar negara, rasanya masih sama seperti baru dipetik dari ladang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata hampir setiap isi rumah di kawasan Telaga Air, Kampung Trombol dan Kampung Selang mempunyai anggota keluarga yang terlibat dalam pertanian.

Katanya, selain tembikai, penduduk turut mengusahakan tanaman nanas, kelapa sawit dan sayur-sayuran.

Menyentuh penggunaan teknologi moden dalam pertanian, Abdul Rahman berkata penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam kalangan petani di kawasan berkenaan masih belum meluas.

Bagaimanapun, katanya, terdapat petani muda di kawasan Rampangi yang sudah mula terlibat dalam pertanian berteknologi tinggi menerusi program di Stesen Penyelidikan Rampangi Jabatan Pertanian Sarawak.

Beliau berkata pihaknya bercadang memperkenalkan teknologi seperti IoT, pertanian pintar serta penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) kepada petani di Telaga Air dan Kampung Trombol bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian tempatan.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,