ARTIKEL

PENGHARGAAN... Presiden The Sikh Temple Kuching, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira, menyampaikan cenderamata kepada Premier pada Majlis Pembesaran Bangunan Kuil Sikh, The Sikh Temple, di Jalan Masjid, Kuching, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

Papan pintar RM10,000 untuk komuniti Sikh Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Komuniti Sikh di Gurdwara Sahib Kuching bakal menerima sumbangan papan pintar interaktif bernilai kira-kira RM10,000 daripada Kerajaan Sarawak bagi memperluas akses pembelajaran digital dalam kalangan kanak-kanak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sumbangan itu bertujuan membantu kanak-kanak mengakses pelbagai sumber pendidikan dalam talian, sekali gus meningkatkan peluang pembelajaran mereka.

Premier menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Gurdwara Sahib Kuching di Jalan Masjid, di sini, hari ini | Foto: Ghazali Bujang

“Penggunaan papan pintar interaktif selaras dengan usaha Kerajaan Sarawak memperluas pembelajaran digital, termasuk melengkapkan bilik darjah dengan kemudahan berkenaan melalui Yayasan Sarawak.

“Platform pembelajaran digital seperti aplikasi Khan Academy menyediakan pelbagai bahan pendidikan, khususnya dalam bidang sains, yang boleh membantu melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Gurdwara Sahib Kuching di Jalan Masjid, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abang Johari berkata keperluan terhadap tenaga kejuruteraan turut meningkat susulan potensi kerjasama Sarawak dengan pihak antarabangsa dalam industri baharu, termasuk kerjasama pelancaran roket.

Beliau berkata Duta Rusia baru-baru ini menyatakan minat untuk meneroka kerjasama berkenaan dengan Sarawak, memandangkan kedudukan negeri ini yang berhampiran garisan Khatulistiwa.

“Kita memerlukan jurutera. Kita boleh bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai jurutera,” ujarnya.

Justeru, beliau mengiktiraf keupayaan masyarakat Sikh dan berharap komuniti itu dapat berperanan melahirkan lebih ramai tenaga kejuruteraan bersama masyarakat lain.

Dalam pada itu, Abang Johari memuji keharmonian antara masyarakat pelbagai agama di Sarawak yang terus hidup bersama dengan semangat saling menghormati.

Katanya, perpaduan itu perlu terus dipelihara sebagai asas kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

BERITA LAIN

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri