ARTIKEL

Projek Sentoria Borneo Samariang Garden, kelewatan pembinaan rumah Santubong, Fasa 7 Blok Sembilan Santubong, pembeli rumah Sentoria, rayuan pembeli rumah Sarawak
P1-P2: Abdul Rahman (bertopi hitam) semasa perbincangan dengan lebih 20 pembeli yang hadir. - Foto: Ramidi Subari

Para pembeli 189 rumah Sentoria Borneo Samariang Garden rayu campur tangan Kerajaan Negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANTUBONG: Para pembeli rumah Sentoria Borneo Samariang Garden di sini merayu campur tangan Kerajaan Negeri setelah projek berkenaan tertangguh sejak sekian lama.

Wakil pembeli 189 rumah di bawah Fasa 7 Blok Sembilan projek tersebut, Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata rayuan ini dibuat kerana mereka sudah membayar unit rumah masing-masing selama lebih tujuh tahun.

“Bagaimanapun, projek yang bermula pada 2018 dan sepatutnya siap pada 2020 masih gagal disiapkan hingga ke hari ini.

“Laporan terakhir kemajuan projek yang kami terima adalah pada April 2024 di mana pihak kontraktor memaklumkan akan menyiapkan projek pada Mac tahun ini.

“Tetapi sekarang sudah hampir memasuki Februari, dan tiada apa-apa kemajuan yang dilaksanakan dan nampak gayanya akan tertangguh lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di di lokasi projek, hari ini.

Tambah Abdul Rahman, keadaan itu membebankan pembeli dengan pembayaran faedah bagi hartanah yang tidak dapat diduduki, selain ada yang terpaksa membayar kadar sewaan rumah yang lain.

Abdul Rahman Abdul Hamid. – Foto: Ramidi Subari

“Jadi kami merayu pihak berkenaan agar menyiapkan segera projek ini kerana kami sudah terbeban dengan kerugian dan pada masa sama, perlu membayar sewa rumah sementara,” katanya.

Pada masa sama, kata Abdul Rahman, mereka telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemaju baru-baru ini.

Beliau memaklumkan bahawa pihak pemaju menyatakan komitmen untuk menyiapkan segera projek itu dengan syarat.

“Mereka meletakkan syarat kepada pembeli tidak boleh membuat tuntutan ganti rugi kelewatan penyerahan milikan kosong (LAD) terhadap pemaju.

“Jika syarat ini dipersetujui, pemaju akan menyiapkan projek dalam tahun ini, selewat-lewatnya 31 Disember 2025.

“Bagaimanapun, syarat itu masih belum dipersetujui pembeli, justeru mereka mengadakan perjumpaan di tapak projek hari ini bagi membincangkan langkah seterusnya,” tambah Abdul Rahman.

Bahkan, katanya, isu ini pernah dibangkitkan pada sambutan Aidilfitri 2022, namun masih belum ada kemajuan ketara dapat disaksikan, selain pembinaan pagar untuk menghalang penceroboh.

Mereka juga pernah hampir berputus asa untuk mengharapkan rumah yang diidamkan, namun memikirkan anak-anak yang semakin dewasa, mereka tetap menanti dengan sabar.

“Bukan semua pembeli mempunyai pendapatan lumayan, malah ada yang terpaksa membayar kira-kira RM2,000 setiap bulan, iaitu bayaran sewa rumah sementara ketika ini dan rumah di Sentoria ini.

“Disebabkan itu, kami merayu agar pihak berwajib dapat membantu mempercepatkan urusan kami untuk berpindah ke rumah baharu,” katanya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU