SELANGOR: Acara boling padang bermula esok (Sabtu) di Kompleks Boling Padang Bayu Emas, Klang.
Bermulalah misi pemburuan pingat membabitkan atlet para boling padang Sarawak.
Ketua jurulatih, Nur Fithri Yaani Hamdin memberitahu, beberapa atlet akan turun beraksi esok dalam kategori masing-masing.
“Saingan untuk acara boling padang bermula esok (Sabtu) dan bermulalah misi pemburuan pingat atlet kita,” ujar Nur Fithri kepada Arena Suara Sarawak.
Antara kategori yang membabitkan atlet para boling padang Sarawak esok ialah B7, B8 dan Terbuka Perseorangan B5.
Nur Fitri berharap atlet yang akan turun beraksi esok dapat kekal fokus sepenuhnya sepanjang perlawanan masing-masing.

