ARTIKEL

Fraidden (tengah) merakam kenangan bersama pemenang pingat dari pasukan lain dan tetamu terhormat.

Para SUKMA: Fraidden Dawan menangi pingat emas keempatnya dalam acara renang para untuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet renang para Sarawak, Fraidden Dawan, menambah koleksi pingat dengan pingat emas keempatnya.

Beliau menjuarai kategori gaya bebas lelaki 50 meter (m) dengan catatan masa 31 saat (s) di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Manakala itu, pingat perak dibawa pulang oleh Labo Taulim dari pasukan Labuan dengan catatan masa 32.40s.

Muhammad Farouq, yang diwakili pasukan Melaka, berjaya mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 37.70s.

Fraidden, yang merupakan bekas atlet kebangsaan, memberitahu bahawa beliau meraih jumlah pingat paling banyak, iaitu lapan, pada temasya Para SUKMA 2014.

Menurutnya yang berusia 38 tahun, beliau mula menyertai Para SUKMA pada 2004.

Beliau, yang kini bekerja sebagai jurulatih di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur, berasa gembira dengan kemenangan yang diperolehnya.

“Saya sebelum ini menyasarkan empat pingat emas tetapi tidak memecah mana-mana rekod catatan masa kerana prestasi saya sekarang semakin kurang.

“Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili Sarawak dalam Para SUKMA kali ini,” katanya semasa ditemui pemberita hari ini.

Fraidden, yang berasal dari Bintulu, memberitahu bahawa isteri dan ahli keluarganya banyak menyokong sepanjang menjalani latihan persediaan bagi Para SUKMA.

Beliau memenangi pingat emas dalam acara 100m gaya kuak dada lelaki SB9, 100m gaya kuak lentang lelaki S10, dan acara berpasukan 4x100m gaya bebas 34 mata lelaki.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU