ARTIKEL

BERCAKAP...Ketua Jurulatih Para Boling Padang Sarawak, Saiful Adli Sami.

PARA SUKMA XXI: Boling Padang Tuan Rumah Mampu Cipta Kejutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk memberi cabaran dalam tiga kategori pada acara boling padang temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Ketua Jurulatih Para Boling Padang Sarawak, Saiful Adli Sami berkata, ketiga-tiga kategori itu ialah b1 beregu, b2 dan b6.

“Untuk kategori b1 ialah beregu terbuka, b2 atau b6 kemungkinan ada peluang.

“Memang kita ada sasar emas, mungkin sasaran kepada beregu terbuka dan perseorangan pada kategori b3,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada aksi hari pertama boling padang Para Sukma XXI di Arena Lawn Bowls Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau sambil itu percaya atlet yang diberi tanggungjawab mampu memberi saingan sengit menjelang hari kedua perlawanan.

Katanya, perlawanan peringkat kumpulan hari pertama bukan kayu ukur prestasi sebenar mereka memandangkan masih terdapat beberapa siri perlawanan yang akan ditempuhi selepas ini.

Mengulas lanjut, Saiful menegaskan beliau tetap berpuas hati dengan prestasi yang diberikan oleh para atlet pada hari pertama temasya sukan itu berlangsung.

“Untuk perlawanan seterusnya kita perlu kekalkan momentum.

“Bagi yang mengalami kekalahan (hari pertama), teruskan memberi semangat dan mungkin perlawanan seterusnya mereka berusaha untuk merapatkan semula kedudukan dengan lebih banyak mata,” ujarnya.

Terdahulu, saingan peringkat pertama kumpulan menyaksikan tuan rumah sekadar meraih tiga kemenangan daripada tujuh perlawanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU