ARTIKEL

Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) Marudi, Pbt (PA) Bohari Bujang, membuat pemantauan di kawasan dinaiki air di Kampung Benawa, Marudi.

Paras air di Kampung Benawa, SK Benawa Marudi menunjukkan penurunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Paras air di Kampung Benawa dan SK Benawa Marudi menunjukkan penurunan setakat jam 5 petang tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Marudi (APM), dua lokasi ini masing-masing mencatatkan penurunan sehingga 0.29 meter berbanding sebelumnya.

“Setakat ini, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, manakala trend air juga menurun meskipun cuaca mendung.

“Meskipun dua kawasan ini masih dilanda banjir, namun keadaan adalah terkawal dan selamat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kedua-dua lokasi ini difahamkan sentiasa menunjukkan peningkatan paras air yang tinggi berbanding kawasan lain sebelum ini.

Kenaikan air berlaku akibat daripada air sungai pasang besar dan bertembung hujan lebat berkala bermula dari 26 Januari lepas hingga kini.

Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap keadaan trend air dan berpindah jika tidak selamat.

Anggota APM membuat pemantauan banjir di sekitar SK Benawa, Marudi.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan