ARTIKEL

Paras air Sungai Sarawak dalam keadaan terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keadaan paras air Sungai Sarawak masih dalam keadaan terkawal setakat ini, kata Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (LSS) Dr. Morni Suhaili.
Menurutnya, pihak mereka juga sedang melakukan operasi untuk mengeluarkan air di Baraj Kuching supaya isipadu air Sungai Sarawak berada pada paras rendah.
“Sekiranya air tidak dilepaskan buat masa ini, ia akan merumitkan lagi keadaan terutama apabila bertembung dengan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, kejadian banjir besar akan berlaku apabila fenomena air pasang besar atau ‘King Tides’ bertembung dengan hujan lebat.
Sehubungan itu, jelas Dr. Morni fenomena air pasang besar itu juga dijangka akan berlaku sekitar jam 7 malam ini.
“Selain itu, kita menjangkakan fenomena air pasang besar ini akan berlaku selang satu jam setiap hari, iaitu hari ini 7 malam esoknya dijangka 8 malam dan begitu seterusnya,” ujar beliau.

BERITA LAIN

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

BERITA TERBARU