ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng ketika ditemui media selepas Festival Cheongsam Keempat. Foto: Ramidi Subari

Parkir khas warga emas diperluas ke kawasan awam, pusat beli belah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemudahan petak parkir khas untuk warga emas yang kini dilaksanakan di pasar akan diperluaskan ke pusat beli-belah dan kawasan awam lain di Kuching.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, langkah itu merupakan antara usaha menyediakan kemudahan yang lebih sesuai dengan keperluan warga emas, khususnya ketika Sarawak menuju status negeri menua pada tahun 2028.

Datuk Wee Hong Seng menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta Festival Cheongsam Keempat. Foto: Ramidi Subari

Menurutnya, ketika ini dua petak parkir tambahan untuk warga emas telah disediakan di kawasan pasar, bersebelahan petak parkir untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

“Kita sudah melaksanakannya di pasar dan sekarang kita akan memperluaskannya ke pusat beli-belah serta kawasan awam yang lain,” katanya ketika ditemui media selepas Festival Cheongsam Keempat di Dewan Masyarakat MBKS, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kemudahan tersebut perlu digunakan oleh golongan yang layak dan pengguna lain diminta memberi ruang kepada warga emas untuk menggunakan petak berkenaan.

Wee berkata, penyediaan kemudahan itu penting memandangkan Sarawak dijangka menjadi negeri menua pada tahun 2028, sekali gus memerlukan persediaan lebih awal dari aspek infrastruktur dan kesejahteraan warga emas.

Katanya, tempoh dua tahun bukanlah lama dan persediaan berkaitan golongan berkenaan perlu dipercepatkan bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan bermaruah.

“Kita bukan sahaja perlu melihat kepada infrastruktur, tetapi juga memastikan warga emas dapat menua dengan bermaruah dan sihat supaya mereka dapat menikmati kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Wee berkata, pihaknya turut merancang memohon pengecualian kompaun bagi golongan OKU yang meletakkan kenderaan di petak parkir OKU yang dikhaskan untuk mereka.

Menurutnya, cadangan itu akan dibawa untuk diterima pakai dalam Mesyuarat Penuh Majlis sebelum dikemukakan kepada Menteri bagi mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata, usaha berkenaan merupakan antara langkah yang sedang dilakukan bagi menambah baik kemudahan awam dan memenuhi keperluan golongan warga emas serta OKU.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,