ARTIKEL

Foto Unimas

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sesi libat urus itu juga bakal membincangkan soal proses pemilihan bagi perwakilan.

“Buat masa ini, format baharu Parlimen Belia belum muktamad, kami sedang mengusahakannya. Kita juga akan pergi ke universiti-universiti untuk meminta pandangan mereka, misalnya sama ada sebuah universiti akan tubuh satu parti politik atau mereka boleh gabung beberapa universiti untuk tubuhkan satu parti.

“Bagaimana format (Parlimen Belia) ini akan berlaku nanti kita akan memuktamadkan perkara ini pada September atau Oktober depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi syarahan ‘Dari Sarawak ke ASEAN: Mengangkat Aspirasi Belia dalam Arena Serantau’ di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pada Selasa.

Sementara itu, Johari berkata pemilihan bagi perwakilan Parlimen Belia dijangka diadakan pada November, manakala persidangan pertama Parlimen Belia pula pada Januari atau Februari 2026.

— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU