ARTIKEL

Pasangan suami isteri ditahan proses ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Bukit Rangin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pasangan berusia 52 dan 62 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang selepas polis menerima maklumat awam.

Polis merampas 1,150 balutan plastik lut sinar mengandungi 187.5 kilogram daun ketum serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk menghasilkan air ketum. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM15,745.

Ashari berkata pasangan itu dipercayai memproses kira-kira 300 kilogram daun ketum seminggu dan menjual air ketum pada harga RM40 sebungkus.

Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan itu dipercayai dijalankan lebih sebulan. Kedua-duanya kini direman empat hari mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU