ARTIKEL

Pasar Tamu dan Pasar Malam Bintulu diarah tutup susulan kes Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasar Tamu Bintulu dan Pasar Malam Bintulu diarah tutup sementara susulan terdapat kes Covid-19 dikenal pasti di kawasan terbabit.

Menteri Utiliti, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata arahan itu diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) yang diadakan petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi JPBB berkata, penutupan kedua-dua Pasar awam itu adalah untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata operasi perniagaan di Pasar Tamu Bintulu diarah tutup sementara berkuat kuasa malam ini, manakala Pasar Malam Bintulu pula akan berkuat kuasa pada malam esok.

Pendekatan ini diambil apabila semalam (Jumaat) Bintulu mencatatkan sebanyak 26 kes dan hari ini (semalam) kita mempunyai empat lagi kes baharu,katanya pada sidang media selepas mesyuarat JPBB di Bilik Mesyuarat Sri Bintulu, Pejabat Residen Bintulu di sini petang tadi.

Berdasarkan rekod tersebut, Rundi berkata JPBB telah mengenal pasti Pasar Tamu Bintulu sebagai kawasan baharu yang berisiko.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes di pasar tamu itu mempunyai kaitan dengan Pasar Malam Bintulu.

Justeru, beliau berharap semua penjaja yang terlibat dapat memberikan kerjasama kepada pihak JPBB khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Para penjaja diminta untuk mengambil makluman mengenai perkara ini ini supaya mereka bersedia kerana pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sudah mempunyai senarai nama yang berdaftar.

Tambah Rundi lagi, pihak KKM akan mengadakan pemeriksaan saringan ujian calitan Covid-19 kepada semua penjaja di Pasar Tamu Bintulu.

Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing ; pengerusi JBBB merangkap Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat dan Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Melvin Chung hadir sama.

BERITA LAIN

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik