ARTIKEL

Kredit: Bernama

Pasaran getah ditutup rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh petunjuk bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh data ekonomi China yang negatif dan kelewatan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan berikutan penutupan separa kerajaan AS.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh petunjuk pembuatan global yang positif dan keyakinan terhadap potensi ketegangan geopolitik yang mereda,” katanya kepada Bernama.

Katanya niaga hadapan getah Jepun menurun pada sesi ketiga berturut-turut pada Selasa berikutan permintaan domestik yang rendah.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 10 sen kepada 754.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 1.5 sen kepada 576 sen sekilogram. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU