ARTIKEL

Kredit: Bernama

Pasaran getah ditutup tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dan lonjakan harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran turut meningkat didorong oleh data ekonomi China yang positif apabila pendapatan fiskal negara itu naik 4.7 peratus pada separuh pertama 2026, meningkat daripada paras dalam tempoh sebelumnya dan menunjukkan aktiviti ekonomi meningkat.

“Bagaimanapun, momentum kenaikan dikekang oleh ringgit yang tinggi berbanding dolar AS dan geopolitik yang berterusan di Asia Barat,” katanya.

Beliau berkata dolar AS yang rendah berbanding mata wang utama menyokong pasaran komoditi dengan kuasa beli meningkat dalam kalangan pembeli yang menggunakan mata wang lain dan menggalakkan permintaan untuk komoditi dalam denominasi dolar.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 7.5 sen kepada 906.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah satu sen kepada 723.0 sen sekilogram. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road