ARTIKEL

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan sijil lantikan Ahli Majlis Daerah Lawas kepada salah seorang penerima

Pastikan pembangunan daerah berjalan lancar dan menyeluruh — Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menyeru semua Ahli Majlis Daerah Lawas yang baharu dilantik agar melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan bekerjasama erat dengan semua agensi kerajaan bagi memastikan pembangunan daerah berjalan lancar dan menyeluruh.

Berucap ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Lawas bagi penggal 2025–2028, Isnin lalu, peranan kerajaan tempatan semakin penting dalam menyampaikan aspirasi rakyat dan menjadi penggerak utama pembangunan peringkat akar umbi.

Seramai 32 orang ahli majlis mengangkat sumpah dalam majlis tersebut yang disaksikan para pemimpin peringkat negeri dan persekutuan termasuk Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan ADUN Batu Danau Datuk Paulus Palu Gumbang.

Beliau turut menggariskan beberapa projek pembangunan strategik yang sedang dan bakal dilaksanakan di Lawas, antaranya, pembinaan jeti pelabuhan, pelaksanaan Lapangan Terbang Lawas Fasa 1, pembinaan loji rawatan air baharu serta peningkatan infrastruktur telekomunikasi dan jalan raya utama.

Beliau menekankan bahawa pelaksanaan projek akan meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjadikan Lawas destinasi pelaburan yang kompetitif.

“Semua pihak mesti memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).

” Kita mahu Sarawak menjadi negeri maju, dan Lawas tidak boleh ketinggalan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU