ARTIKEL

Pastikan Sarawak turut sertai inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ABANG JOHARI menerima cenderamata daripada Ewon Benedick semasa kunjungan hormat warga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Wisma Bapa, hari ini.

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan komitmen mahu memastikan ada penyertaan kepimpinan Sarawak dalam agensi-agensi di bawah kementerian tersebut.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, supaya program di agensi di bawah kementerian akan menggambarkan pandangan semua wilayah dalam Malaysia.

“Komitmen saya memastikan ada penyertaan kepimpinan dari Sarawak dalam agensi-agensi di kementerian sebagai ahli lembaga pengarah supaya segala perbincangan kelak dapat menggambarkan pandangan daripada semua wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian seusai melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa, semalam.

Jelasnya, usahawan atlet sukan dan industri kreatif di Sarawak juga akan menjadi fokus tambahan dalam melaksanakan pelan strategi serta pembangunan usahawan di peringkat kementerian termasuk Sabah, Sarawak.

Tambahnya, Abang Johari turut memberi input mengenai pembangunan usahawan belia dalam industri kreatif dan beberapa sektor keusahawanan melibatkan generasi muda di negeri ini.

“Hasrat kita agar dapat dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

“Misalnya melalui Koperasi Industri Kreatif sebagai satu koperasi baharu di Sarawak, yang berhasrat membangunkan kebudayaan wilayah ini menerusi perfileman,” ujarnya.

Tambah Ewon, kunjungan hormat kali ini bertujuan memperkenalkan kepimpinan tertinggi di kementeriannya, selain memaklumkan mengenai wawasan dan program yang akan diadakan di seluruh negara terutamanya negeri ini.

Menyentuh mengenai perkembangan sektor koperasi selepas pandemik Covid-19, beliau menyatakan kementerian menyediakan geran koperasi, tabung modal pinjaman kepada koperasi yang ingin membina semula perniagaan koperasi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Suriani Ahmad hadir sama.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit