ARTIKEL

polis

Pastor rugi RM430,000, terpedaya pelaburan saham dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang Pastor di sini mengalami kerugian sebanyak RM430,00 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di laman Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, semalam.

“Segalanya bermula selepas mangsa terjumpa satu iklan pelaburan saham asing ketika melayari Facebook, yang disiarkan oleh akaun atas nama ‘Masterpeng Feshui’.

“Selepas menyatakan minat terhadap iklan tersebut, mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp atas nama ‘Gao Sheng Business School 107’, kemudian mula berhubung dengan seorang suspek wanita bernama Yuki.

“Menurut mangsa, suspek telah membantunya dalam pembelian saham pelaburan sehingga menyebabkan mangsa terjebak melabur menggunakan laman web di pautan https://www.kaiduoli.com yang menjanjikan pulangan awal keuntungan dalam masa seminggu sebanyak 10 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tanpa berfikir panjang, mangsa kemudian meneruskan pelaburan menerusi laman web dengan melakukan 11 transaksi kewangan secara berperingkat berjumlah kira-kira RM430,000 kepada tiga akaun bank yang berbeza bermula awal bulan September hingga hujung bulan Oktober lalu.

Jelasnya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah suspek meminta mangsa untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM300,000, tetapi mangsa hanya mendapat keuntungan lebih kurang RM3,000 sahaja dalam pelaburan tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan