ARTIKEL

Dayang Nur Alia Sharmiela ketika ditemu bual.

Pasukan boling padang wanita Sarawak pamer aksi cemerlang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan boling padang wanita Sarawak menunjukkan aksi cemerlang bagi kategori perseorangan dan empat berkumpulan pada pusingan peringkat kumpulan pagi tadi. 

Perseorangan boling padang wanita Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa memperoleh 21 mata, menewaskan Nurul Darwisya Zubir dari Negeri Sembilan yang memperoleh 15 mata. 

Sementara pasukan berempat boling padang wanita Sarawak terdiri daripada Haspina Mazlan, Mya Zara Amir, Nur Hidayah Faizal dan Nur Syurhaidah Asaral menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dengan keputusan 8-11. 

Dayang Nur Alia Sharmiela ketika ditemu bual berkata, saingan menentang Nurul Darwisya agak sengit terutamanya pada penghujung saingan. 

“Persaingan amat sengit sebab bola yang dilerek (Nurul Darwisya) sentiasa dekat-dekat (bola kecil) tetapi saya tidak putus asa dan terus melawan,” katanya. 

Menentang pesaing seterusnya dari Kelantan, Dayang Nur Alia bertekad untuk memberi tentangan yang lebih baik dari perlawanan sebelum ini. 

“Saya perlu perbaiki lerekkan bola untuk perlawanan yang seterusnya,” katanya lagi. 

Pagi tadi, pasukan lelaki bertiga boling padang Sarawak menewaskan saingan dari Johor dengan keputusan 10-14.

Pasukan yang dibarisi Awang Mohamad Sharszan Fyirman Awang Nasaruddin, Iskandar Hasbi dan Mohamad Amsyar Mohamad Amelin ketika ini bertemu pasukan Kelantan yang dijadual berlangsung jam 1.30 petang. 

Dayang Nur Alia Sharmiela melerek bola ke arah jack dalam saingan perseorangan wanita.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha