ARTIKEL

Pasukan Briged Sarawak raih dua anugerah utama pada Majlis Persada Inovasi PDRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Briged Sarawak sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam bidang inovasi apabila meraih dua anugerah utama pada Majlis Persada Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2025 di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Pasukan inovasi Briged Sarawak diberi nama Artificial Intelligence (AI) tampil dengan dua ciptaan luar biasa yang bukan sahaja berjaya menawan hati panel juri, malah menunjukkan potensi besar dalam memperkukuh keupayaan operasi PDRM di lapangan.

Antara ciptaan pasukan diketuai oleh Komander Briged Sarawak, Dr. Che Ghazali Che Awang itu adalah Dr. Tracker dan Dr. Ghaz Sensor.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pencapaian Briged Sarawak amat membanggakan dan menunjukkan bahawa inovasi bukan lagi satu pilihan, sebaliknya keperluan dalam memperkasakan pasukan keselamatan negara untuk berdepan ancaman moden.

“Kejayaan ini menjadi lebih bermakna apabila buat pertama kali dalam sejarah penyertaannya, Briged Sarawak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan teratas bagi dua kategori utama dalam satu edisi pertandingan,” katanya pada majlis penutup di sini, semalam

TAHNIAH… Pasukan Briged Sarawak meraih dua anugerah utama pada Majlis Persada Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2025 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Tambah Ayob, kejayaan Bridged Sarawak sekali gus membuktikan bahawa budaya inovatif semakin subur dalam kalangan pegawai dan anggota di peringkat briged.

“Briged Sarawak kini bukan sahaja dilihat sebagai benteng keselamatan di Borneo, tetapi juga sebagai peneraju dalam mencipta solusi teknologi baharu untuk kegunaan seluruh pasukan PDRM,” katanya.

Ciptaan pertama, Dr. Tracker membawa pasukan ini muncul sebagai johan kategori KIK Horizon Baharu Penciptaan.

Alat ini direka untuk menjejak pergerakan anggota ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan terpencil atau yang tidak mempunyai capaian Internet.

Dr. Tracker menggunakan teknologi terkini yang membolehkan koordinasi pasukan dilakukan dengan lebih efektif dalam situasi kecemasan, khususnya di kawasan pedalaman yang mencabar. Inovasi ini dijangka memberi impak besar dalam kejayaan misi SAR yang melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam.

Sementara itu, ciptaan kedua mereka iaitu Dr. Ghaz Sensor melayakkan pasukan ini meraih gelaran naib johan bagi Anugerah Inovasi PDRM.

Alat ini berfungsi sebagai pengesan keselamatan yang mampu mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan sempadan serta membantu dalam pengesanan awal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira