ARTIKEL

Kredit : BNPB | BERNAMA

Pasukan penyelamat tingkatkan usaha cari mangsa tanah runtuh Sulawesi Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pasukan penyelamat meningkatkan usaha mencari dua lagi mangsa tanah runtuh di Sulawesi Selatan yang meragut 18 nyawa Sabtu lepas, menurut Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB).

Operasi mencari diteruskan pada hari kedua, dengan penyertaan penduduk tempatan selepas dihentikan pada Ahad berikutan  cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai selain risiko berlaku lebih banyak tanah runtuh. 

Jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata dua individu yang hilang itu dari Daerah Kecil Makale, Tana Toraja di mana 14 orang ditemukan maut sebelum ini.

“Di Daerah Kecil Makale Selatan, angka korban meningkat kepada empat orang selepas seorang mangsa yang hilang ditemukan sudah meninggal dunia,” katanya dan menambah 77 orang yang terselamat mendapatkan perlindungan di sebuah bangunan gereja terdekat.

BNPB Tana Toraja melaporkan kerugian harta benda termasuk enam rumah di Makale dan sebuah di Makale Selatan yang ditimbus tanah dan puing  dalam bencana yang berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia