ARTIKEL

Foto: Magnific

Aplikasi MAX capai 140 juta pengguna, Rusia sasar eksport digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Rusia bersedia menawarkan platform digital buatannya, termasuk rangkaian media sosial, aplikasi pemesejan dan perkhidmatan video, kepada rakan kongsi asing.

Menteri Pembangunan Digital, Komunikasi dan Media Massa Rusia Maksut Shadayev menyatakan negaranya turut sanggup menyesuaikan model kecerdasan buatan (AI) dengan perundangan serta budaya setiap negara rakan.

Cita-cita eksport digital itu diketengahkan dalam sesi pleno Minggu Digital Kazan 2026 di Tatarstan, yang menumpukan keutamaan baharu dan cabaran pembangunan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif VK Vladimir Kiriyenko menyebut aplikasi pemesejan MAX mencatat 140 juta pengguna sepanjang tahun lepas, termasuk pengguna luar negara, selain kira-kira 16.5 juta saluran diwujudkan.

Dalam pada itu, Ketua Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov memaklumkan wilayah itu memperuntukkan lima bilion ruble bagi pembangunan AI, manakala acara berlangsung di Kazan dari 29 hingga 31 Okt dengan 19,000 peserta dari 70 negara seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk