KUALA LUMPUR: Rusia sedang menyediakan langkah untuk melanjutkan larangan eksport diesel sehingga akhir Januari 2027, dengan pengecualian tertentu bagi pasaran global, menurut Timbalan Perdana Menteri Alexander Novak.
Menurut Bernama, Novak memaklumkan pemberita bahawa sebuah dekri kerajaan sedang digubal untuk melanjutkan larangan penghantaran diesel bagi tempoh kira-kira tiga bulan.
Susulan itu, kerajaan melanjutkan larangan sementara eksport diesel, bahan api marin dan minyak gas oleh pengeluar langsung sehingga akhir Oktober.
Sementara itu, larangan umum eksport bahan api kekal berkuat kuasa sehingga 31 Januari 2027, walaupun sekatan khusus terhadap pengeluar sebelum ini dijadualkan tamat pada 30 September.
Novak turut memaklumkan TASS bahawa Rusia melonggarkan larangan lebih awal, dengan tiga kapal tangki diesel dihantar ke Amerika Syarikat dan syarikat Rusia dibenarkan mengeksport 500,000 tan pada Oktober.






