ARTIKEL

Datuk Ibrahim Baki.- Foto: Ramidi Subari

Pasukan sukarela DUN Satok bantu warga tempatan buat permohonan SKAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam usaha untuk memastikan tiada yang tercicir, pasukan sukarela di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.8 Satok bertungkus-lumus menggembleng tenaga untuk membantu warga Satok membuat permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Ahli DUN (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki berkata, ada lebih 3,000 orang layak untuk mendapat bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

“SKAS adalah skim khas untuk anak Sarawak di seluruh negeri, di mana sahaja mereka berada.

“Kita mahu memastikan semua yang layak dapat mendaftar dan menerima bantuan ini, sekaligus membantu meringankan beban kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah dan Kompleks Sukan Satok di sini hari ini.

Datuk Ibrahim Baki (kiri) mesra membantu penduduk kampung di pusat pendaftaran SKAS.- Foto: Ramidi Subari

Jelas Ibrahim lagi, pendaftaran SKAS di kawasan Satok berlangsung selama dua hari, iaitu Sabtu dan Ahad, dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Setakat ini, sambutan pendaftaran adalah memberangsangkan dengan ratusan individu telah mendaftar.

“Kita berharap lebih ramai akan hadir esok supaya mereka tidak ketinggalan untuk menerima bantuan ini,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, sekiranya pendaftaran di Kampung Nombor berjalan lancar, program ini akan diperluaskan ke kawasan lain seperti Segedup dan Sungai Maong.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa bantuan SKAS terbahagi kepada tiga kategori, iaitu RM800, RM400 dan RM250, bergantung kepada kelayakan penerima.

“Tahun ini, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan hampir RM500 juta untuk skim ini, dan jumlah tersebut dijangka meningkat pada tahun hadapan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sehubungan itu kita menggalakkan semua yang layak untuk hadir dan mendaftar bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima manfaat ini,” katanya.

Datuk Ibrahim Baki (enam kiri)) bergambar bersama penerima SKAS. – Foto: Ramidi Subari

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali