Patuh PKP untuk kekal zon hijau

MUKAH: Adun Tellian Yussibnosh Balo meminta penduduk di kawasan Dun Tellian terutama di Bahagian Mukah agar patuh akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan hingga 12 Mei depan.

Menurutnya, walaupun Mukah telah dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19, namun bukan bermakna penduduk tidak harus patuh PKP.

“Warna zon hijau boleh bertukar kepada warna lain jika kita mulai ingkat PKP. Untuk itu, penduduk harus terus patuh dan kekal berada di rumah seperti sebelum ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berkata, penduduk juga harus mengamalkan penjarakan sosial ketika keluar rumah untuk membeli keperluan di kedia runcit, pucat penjaja ikan dan sayuran serta membuat urusan di institusi kewangan.

“Kalau boleh kalau tiada keperluan mendesak, lebih elok jika kita tidak perlu keluar rumah,” tambahnya.

Suara Sarawak