ARTIKEL

Kelibat Paul Sambang (kanan) pada setiap perlawanan sering mencetuskan igauan kepada pasukan lawan.

Paul Sambang kekal penjaring terbanyak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesin gol pasukan Serian, Paul Sambang, terus kekal di kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak dengan 22 gol bagi kempen Liga Premier Sarawak 2025.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan sentuhan penyudah penyerang berpengalaman berkenaan masih berbisa dalam saingan liga musim ini.

Kredibiliti Paul jelas terserlah apabila beliau kerap mencatat hatrik dalam setiap perlawanan yang diharungi sepanjang saingan peringkat Zon Selatan sebelum ini.

“Sedikit teruja apabila dapat berada di kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak dengan 22 gol setakat ini.

“Apa pun, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sepasukan kerana kerjasama berpasukan yang baik, sekali gus menjadi penyumbang kepada prestasi saya ketika ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Paul turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan pasukan serta jurulatih yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk beraksi dalam setiap perlawanan.

Menurutnya, status sebagai penjaring terbanyak yang dipegang ketika ini diharap dapat menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam perlawanan seterusnya.

“Fokus saya selepas ini adalah untuk meneruskan jaringan gol dalam setiap perlawanan yang bakal ditempuhi,” tambahnya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha