BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.
Setakat petang Isnin, kutipan tiket filem negara itu bagi 2026, termasuk prajualan, melepasi 31.5 bilion yuan (RM19.3 bilion).
Dalam tempoh sama, pawagam di seluruh negara menyambut 804 juta penonton menerusi 122 juta tayangan yang melibatkan lebih 400 filem pelbagai genre.
Selain menayangkan filem komedi, aksi, fiksyen sains, ngeri dan animasi, pawagam memperkenalkan model operasi inovatif yang menggabungkan makanan dan minuman, aktiviti sosial, hiburan serta pengalaman kebudayaan seperti dilapor Bernama.
Sementara itu, lebih 1,000 pawagam mula menyiarkan acara sukan secara langsung seperti bola sepak, pingpong dan tenis bagi mempelbagaikan perkhidmatan, sekali gus menjadikan pawagam pemangkin aktiviti kebudayaan dan perbelanjaan pengguna.


