PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob memaklumkan pelaburan diluluskan dalam tempoh itu mencecah RM218.5 bilion, meningkat 11.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beliau menegaskan kejayaan pelaburan tidak wajar diukur melalui nilainya semata-mata, sebaliknya perlu dilihat daripada segi pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan dan pendapatan pekerja.
Menurut Bernama, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menyasarkan gaji bulanan median RM3,500 dan bahagian pampasan pekerja 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, selain pengurangan bahagian pekerja asing kepada 10 peratus daripada 12.7 peratus pada suku kedua 2026.
Dalam pada itu, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Kamaruzzaman Johari menyatakan inisiatif Akademi Dalam Industri (ADI) mencatat 15,893 penempatan bakat dengan penyertaan 3,064 syarikat setakat Oktober lepas, sambil menggesa lebih banyak syarikat menyertainya.



