ARTIKEL

Pulau Keris angkat lagenda Melayu Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Legenda masyarakat Melayu pesisir Sarawak terus dihidupkan menerusi pementasan dramatari epik The Origin of Pulau Keris 2: Kebangkitan Waris Hitam yang menggabungkan seni persilatan, tarian tradisional dan kisah perjuangan warisan dalam sebuah persembahan berteraskan budaya.

Pementasan yang berlangsung di SB Sunset Kuching, di pesisir pantai Kampung Pasir Pandak, pada 24 Oktober lalu itu menjadi wadah untuk memperkenalkan keunikan seni persembahan tempatan kepada masyarakat, khususnya generasi muda, selain memperkukuh potensi pelancongan berasaskan warisan komuniti.

Pengurus Projek Pementasan, Rafidah Bujang berkata karya berkenaan dihasilkan bukan sahaja untuk menghiburkan penonton, malah juga untuk memastikan cerita rakyat dan identiti masyarakat Melayu pesisir Sarawak terus dikenali serta dihargai oleh generasi akan datang.

“Hasrat utama kami adalah untuk mengangkat semula cerita rakyat, seni persilatan, tarian tradisional serta identiti masyarakat Melayu pesisir Sarawak agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi akan datang.

“Melalui Persatuan Anak Pantai Kampung Pasir Pandak, kami mahu Kisah berkenaan disampaikan melalui gabungan seni silat Melayu, muzik epik, busana klasik dan penataan pentas yang menghidupkan suasana kehidupan masyarakat pada zaman dahulu.

Menurut Rafidah, pementasan itu turut membuka peluang kepada golongan belia dan penduduk kampung untuk melibatkan diri secara aktif dalam industri kreatif, termasuk dalam bidang lakonan, tarian, pengurusan pentas dan produksi persembahan.

Usaha itu sekali gus memberikan ruang kepada bakat tempatan untuk berkembang, selain membina keyakinan komuniti dalam menghasilkan karya seni yang mampu iketengahkan kepada khalayak yang lebih luas.

Pementasan berkenaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, serta Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuching, pegawai Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), wakil What About Kuching (WAK), Ketua Kampung Pasir Pandak, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua masyarakat, pelancong dan penduduk setempat.

Rafidah turut merakamkan penghargaan kepada DBKU, Kejiranan Mesra (KJM) Pantai Damai, pertubuhan masyarakat, NGO, barisan pelakon, penari, kru produksi dan sukarelawan yang membantu menjayakan pementasan itu.

Beliau berharap The Origin of Pulau Keris dapat dibangunkan sebagai produk seni budaya dan tarikan pelancongan komuniti, khususnya di Kampung Pasir Pandak.

“Legenda Pulau Keris bukan sekadar cerita, tetapi lambang perjuangan, keberanian dan semangat mempertahankan warisan yang ingin kami abadikan,” katanya.

Pementasan itu membuktikan inisiatif masyarakat akar umbi berpotensi menjadi pemangkin kepada pemeliharaan warisan budaya, pembangunan bakat tempatan dan pertumbuhan industri kreatif Sarawak.

BERITA LAIN

UKIR SEJARAH GOLF WANITA

J ennifer Jane mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sulung Damai Ladies Challenge yang julung kali diadakan di Damai Golf & Country Club barubaru ini.

Chong, Violet digantung dalam sidang DUN Sarawak

DALAM politik, kata-kata adalah senjata. Tetapi dalam Dewan Undangan Negeri, kata-kata juga boleh menjadi perangkap kepada mereka yang mengucapkannya. Tuduhan tanpa bukti boleh menjadi ungkapan

BERITA TERBARU

Rayat likun, lantang mindah ngena ART

KUCHING: Pemansang projek Transit Aliran Autonomi (ART) ukai masau duit, ku Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Iya madahka tuju projek