ARTIKEL

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan dan pemantauan susulan di lokasi kejadian. Foto: BBP Sarikei

Jiran padam api dapur kayu guna air paip di Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Tindakan pantas orang ramai berjaya mengawal kebakaran sebuah dapur kayu yang digunakan untuk memanggang makanan di luar sebuah rumah di Jalan Kenari di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.05 malam.

“Sepasukan anggota bomba kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan api sudah berjaya dipadam jiran mangsa dengan menggunakan air paip,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada dapur kayu berkenaan terbakar manakala struktur bangunan rumah tersebut tidak terjejas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rayat likun, lantang mindah ngena ART

KUCHING: Pemansang projek Transit Aliran Autonomi (ART) ukai masau duit, ku Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Iya madahka tuju projek