ARTIKEL

Abang Johari (duduk, tengah) bersama-sama pemimpin tertinggi PBB pada sidang media selepas Mesyuarat MKT PBB di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

PBB akan main peranan bantu kestabilan politik persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memainkan peranan untuk membantu kestabilan politik di peringkat persekutuan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg .

Premier merangkap Presiden PBB itu menegaskan ia selaras dengan harapan PBB khasnya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amnya agar politik di peringkat persekutuan terus stabil.

“Sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan, kita akan memberikan input dan berharap pendekatan politik kita lebih rasional lagi untuk memastikan Malaysia stabil dan kita dapat membangunkan negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB di ibu pejabat PBB di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier merangkap Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Naib Presiden Kanan PBB yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung PBB yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS menambah, PBB menekankan mengenai kestabilan kerajaan supaya kerajaan pusat dapat menguruskan pemerintahan dan juga dari sudut pembangunan yang lebih efektif.

Menjelas lanjut, beliau berkata ia khasnya dalam berhadapan banyak cabaran termasuklah kos sara hidup dan juga untuk memastikan Malaysia mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran global.

Sementara mengulas mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar satu undang-undang khusus perlu digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU), mentadbir dan bertahan hingga akhir penggal, Abang Johari menyerahkannya kepada pakar perundangan.

“Saya tidak tahu latar belakang sama ada undang-undang itu boleh dilaksanakan, saya serah kepada pakar dalam perundangan kerana dalam perlembagaan kita juga ada kebebasan untuk memilih.

“Bermakna kita tidak boleh menggunakan paksaan tetapi kita boleh menggunakan beberapa peraturan untuk memantau keadaan politik kerana demokrasi adalah berasaskan kepada kebebasan untuk memilih.

“Tapi untuk GPS, kita berkehendakkan kestabilan di peringkat nasional…ada Langkah Dubai, Langkah London dan apa juga langkah, kita boleh kurangkanlah dan tumpukan kepada memulihkan ekonomi,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU