ARTIKEL

Romeo (duduk, dua kiri) bercakap pada sidang media selepas AGM PBB Bawang Assan.

PBB Bawang Assan sokong calon SUPP pada PRN akan datang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan menyatakan pendirian mereka untuk bekerjasama dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Cawangannya, Romeo Christopher Tegong berkata, ini kerana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan adalah milik SUPP.

ROMEO (duduk tengah) bersama ahli exco PBB Cawangan Bawang Assan selepas AGM mereka.

“Kami (PBB) di Bawang Assan tidak mahu mengoncangkan lagi ‘perahu’ Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akhirnya merugikan diri sendiri. Kerusi Bawang Assan adalah milik SUPP.

“Cawangan Bawang Assan (PBB) hari ini telah memutuskan seperti mana yang telah disarankan oleh Premier Sarawak, yang juga merupakan Yang di-Pertua PBB (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), untuk bekerjasama dengan SUPP bagi mengekalkan kerusi DUN N53 Bawang Assan milik SUPP,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Cawangan PBB N.53 Bawang Assan di sini, hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, Romeo sekali lagi menegaskan bahawa cawangannya telah menetapkan pendirian untuk bekerjasama dengan SUPP.

Selama ini, tegasnya, kerusi DUN Bawang Assan adalah kerusi tradisional SUPP dan sudah menjadi prinsip GPS untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja calon SUPP-GPS.

Menurut Romeo, mereka tidak mahu nanti berlaku sesuatu yang boleh merugikan diri sendiri seperti pecah undi yang boleh mengakibatkan kerusi itu jatuh semula kepada pembangkang.

“PBB adalah tulang belakang parti GPS di negeri ini.

Kita mempunyai kira-kira 3,724 ahli di kawasan Bawang Assan.

“Saya menyeru kepada semua pergerakan wanita, pemuda dan belia untuk bekerjasama dan bekerja keras bagi memenangkan calon GPS.

“Kita mesti bekerja keras kali ini kerana kawasan Bawang Assan sudah lama ketinggalan dari segi pembangunan, seperti projek transformasi luar bandar (RTP), rumah panjang daif, infrastruktur dan pasarana.

“Cukuplah untuk kita berasa susah selama ini, inilah masa kita membantu calon orang muda untuk mewakili Bawang Assan,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai pembubaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk bergabung di bawah Parti Demokratik Progresif (PDP), Romeo, yang juga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, amat mengalu-alukan perkara tersebut.

“Kita amat mengalu-alukan tindakan mereka menyertai PDP kerana bagus bagi Bawang Assan, kurang pembangkang, asalkan mereka ikhlas bersama GPS.

“Dengan menyertai GPS, kita berharap dapat kerjasama dengan mereka (bekas ahli PSB yang menyertai PDP), termasuk memenangkan calon GPS pada PRN nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Romeo berkata, AGM hari ini bertujuan untuk mempersiapkan kesemua komponen cawangan yang mempunyai sebanyak 13 ranting dan dua protem ranting bagi menghadapi PRN akan datang.

Jelasnya, PRN mungkin boleh diadakan pada tahun depan atau 2026 seperti yang diperkatakan sebelum ini oleh Premier.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,