KUCHING: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.9 Padungan berlangsung di sebuah hotel di sini, malam tadi, yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.
Pelbagai agenda dibincangkan sepanjang mesyuarat tersebut, termasuk persiapan menghadiri Konvensyen PBB Zon Selatan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober depan.
“Pelbagai agenda kita bincangkan pada mesyuarat malam tadi.
“Selain membincangkan persiapan menghadiri Konvensyen PBB Zon Selatan, pada masa sama kami turut memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerjasama bagi memperkasakan organisasi di peringkat cawangan,” katanya.
Rodiyah berkata, maklum balas dan cadangan yang dikemukakan barisan exco pada mesyuarat itu menjadi penanda aras untuk memperkukuh organisasi cawangan.
Menurutnya, usaha tersebut turut bertujuan mengaktifkan lagi peranan setiap ranting dan sayap parti.
“Mudah-mudahan kerjasama yang terjalin dapat terus dipelihara demi kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat,” katanya.




