ARTIKEL

Abang Johari disambut dengan penuh meriah sebaik tiba di Konvensyen PBB Zon Betong, hari ini. Foto: Alverdtekoster Anyap

PBB tekad pertahan semua kerusi pada PRN-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mempertahankan semua kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13) bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Premier yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, walaupun tarikh pilihan raya masih belum diketahui, perkara paling penting ialah memastikan PBB terus menjadi tunjang kepada GPS dengan membuat persediaan awal bagi memperkukuh parti.

Abang Johari merasmikan Konvensyen PBB Zon Betong, hari ini. Foto: Alverdtekoster Anyap

“Bilakah PRN akan diadakan, saya pun tidak tahu. Ada yang kata Oktober, ada yang kata November dan ada juga yang kata Disember. Itu perkara lain.

“Tetapi yang penting, PBB menjadi tunjang kepada GPS. Kita akan mempertahankan semua kerusi yang ditandingi oleh PBB dan insya-Allah meneruskan dasar membangunkan Sarawak sebagai wilayah paling maju di Malaysia menjelang 2030,” katanya pada Konvensyen PBB Zon Betong, di sini, hari ini.

Menggunakan analogi peperiksaan, beliau berkata konvensyen khas itu diadakan sebagai medan untuk menilai pencapaian parti, memperbaiki kelemahan serta menyusun kepimpinan sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.

“Perhimpunan khas ini ibarat kita di sekolah yang sentiasa berdepan peperiksaan. Peperiksaan itu akan tiba, cuma bila saya pun tidak tahu.

“Jadi kita mesti membuat ulang kaji. Mana subjek yang lemah kita kuatkan, manakala yang sudah kuat kita perbaiki lagi supaya apabila menghadapi peperiksaan nanti dapat memperoleh keputusan cemerlang.

“Sebab itulah kita berhimpun hari ini untuk menilai apa yang telah dilaksanakan, kejayaan yang dicapai dan seterusnya membuat persediaan bagi menghadapi masa depan,” ujarnya.

Tambahnya, PBB akan terus menjadi tunjang kepada pembangunan Sarawak serta memainkan peranan penting dalam memastikan kemajuan negeri dapat diteruskan.

“PBB ialah tunjang kepada pembangunan yang sedang berlaku di Sarawak hari ini. Kita tidak takbur dan tidak sombong, sebaliknya bekerja atas budi bicara sendiri untuk membangunkan negeri.

“Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain. Kita sendirilah yang dapat mempertahankan negeri ini dan parti yang boleh mempertahankan kepentingan semua kaum ialah PBB, dari dahulu sehingga sekarang,” katanya.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU