ARTIKEL

Michael menjawab soalan Friday Belik berkaitan langkah kerajaan bagi memastikan PDU lebih selamat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching, hari ini.

PDU Digantung Sementara, Rawatan Diteruskan Menerusi Kaedah Alternatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) Sarawak digantung sementara susulan nahas helikopter di Long Lellang, Baram pada 8 September lalu, dengan operasi menyelamat kecemasan kini disokong aset udara agensi kerajaan bagi memastikan penduduk pedalaman terus mendapat akses rawatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming berkata, operasi pemindahan perubatan kecemasan (MEDEVAC) dari kawasan terpencil kini diselaraskan menggunakan aset udara alternatif termasuk Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Pelan kontingensi antara agensi telah diaktifkan bagi memastikan rawatan kecemasan tidak terputus sepanjang tempoh penggantungan operasi helikopter PDU.

“Dalam masa sama, kerajaan sedang merangka cadangan penambahbaikan dan pemerkasaan PDU secara menyeluruh untuk memastikan perkhidmatan lebih selamat dan berkesan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN Krian, Datuk Friday Belik berkaitan langkah kerajaan bagi memastikan PDU lebih selamat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, penambahbaikan itu akan merangkumi aspek keselamatan operasi, kesesuaian dan keupayaan aset udara, latihan serta kesiapsiagaan kecemasan, kebajikan dan perlindungan petugas serta kaedah penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar.

Sepanjang penggantungan sementara PDU katanya, kerajaan akan terus menilai kaedah alternatif bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terputus daripada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU