ARTIKEL

Azman Adnan

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan menyingkap tirai awal bulan depan.

Azman berkata sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi skuad Harimau Selatan itu selepas memakai mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut serta gelaran domestik lain.

“Kita mengharapkan pasukan lain, tak semestinya Selangor FC sahaja bahkan pasukan lain, cuba memberi tentangan kepada pasukan JDT. 

“Kita nak tengok kekuatan JDT tahun ini, saya rasa mereka lagi bertambah baik.

“Jadi, harapan saya nak lihat pasukan mana yang mampu menewaskan JDT setelah mereka berjaya menjuarai tanpa ditewaskan tahun lepas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata kebangkitan pasukan lain mampu mengembalikan tahap persaingan dan daya tarikan kepada Liga-M yang hanya didominasi oleh satu pasukan sebelum ini.
 
Azman dalam masa sama mengimpikan “kebangkitan” itu bermula dengan Selangor, namun pada masa sama sedar kombinasi pemain senior dan lambakan pemain muda dalam pasukan memerlukan kematangan sebelum mampu bersaing.

Justeru, beliau berharap skuad ’The Red Giants’ dengan sentuhan jurulatih baharu, Mohd Nidzam Jamil, mampu mencipta kejutan dan mengembalikan kegemilangan Selangor musim depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU