ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata

Pegawai farmasi rugi RM260,000 ditipu ‘phone scam’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pegawai farmasi di daerah Kapit kerugian RM260,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, wanita berumur awal 30-an itu telah dihubungi seorang lelaki pada 6 November 2023 yang mengatakan dirinya daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC). 

Katanya, mangsa telah dimaklumkan bahawa nombor telefonnya terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi membuat laporan polis.

“Oleh kerana mangsa tidak dapat ke sana, panggilan seterusnya disambung kepada Sarjan Ismail dari IPK Perak dan semakan telah dibuat ke atas no kad pengenalan mangsa mendapati kad ATM milik mangsa ada dalam milikan suspek Chan Boon Siew yang ditangkap oleh mereka.

“Seterusnya panggilan disambungkan kepada Inspektor Mokhtar, pegawai dari IPK Perak yang menyuruh mangsa memindahkan kesemua wangnya ke akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi mengelakkan wang mangsa diambil oleh sindiket Chan Boon Siew,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, mangsa pada awal November 2024 hingga awal Disember 2023 telah memindahkan wang sebanyak 12 kali transaksi ke tujuh akaun bank yang berbeza.

Katanya, mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah membuat kesemua bayaran tersebut.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya