ARTIKEL

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus

Pegawai polis disyaki langgar lari alami masalah mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemandu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes langgar lari seorang anggota polis trafik pada Jumaat lepas disahkan sebagai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang menghidap masalah mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata suspek lelaki berusia 40 tahun itu dikesan menghidap skizofrenia dan kini sedang menjalani cuti perubatan khas, selain dalam proses untuk dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.

Beliau berkata tangkapan dibuat pada 3.45 petang semalam di Jalan Empat, Chan Sow Lin selepas anggota Unit Kawalan Lalu Lintas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berjaya mengesan kenderaan suspek di sekitar Jalan Cheras hasil risikan dan semakan kamera litar tertutup (CCTV).

“Cubaan menahan kenderaan itu bagaimanapun gagal apabila pemandu bertindak melarikan diri secara berbahaya.

“Dalam cubaan meloloskan diri, suspek turut merempuh beberapa kenderaan awam termasuk sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna (MPV) polis sebelum akhirnya berjaya dikepung dan ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata ujian pernafasan alkohol yang dijalankan ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif, manakala ujian saringan air kencing akan dilaksanakan bagi melengkapkan siasatan.

Beliau memaklumkan setakat ini tujuh kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan dalam insiden rempuhan itu, melibatkan lima kereta awam, sebuah MPV polis dan sebuah motosikal milik pegawai polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dalam kejadian pada 10.47 malam Jumaat lepas, Konstabel Roslan Salleh, 27, dilaporkan mengalami kecederaan di tangan, belakang kepala dan rusuk selepas dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan suspek ketika sedang mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra.

Pihak polis turut menyeru mana-mana pemilik kenderaan lain yang terjejas dalam insiden rempuhan tersebut supaya segera tampil membuat laporan di balai polis trafik berhampiran bagi membantu siasatan.— BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat