Pejabat Kesihatan Awam MLBS ditutup serta-merta
SIBU: Pejabat Seksyen Kesihatan Awam dan Kerja Raya Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) yang terletak di Tingkat 17, Wisma Sanyan akan ditutup serta-merta petang ini susulan kakitangannya disahkan positif Covid-19.Pengerusi MDLBS Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, penutupan sementara operasi pejabat seksyen tersebut akan ditutup sehingga di beritahu kelak.

Rentetan itu, Sempurai menggesa semua kakitangan MDLBS yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan terbabit mesti melakukan calitan dengan segera.

Beliau juga memberitahu bahawa pejabat terbabit akan disanitasi serta menjalani operasi nyahkuman esok.

Namun begitu, tegas beliau, MDLBS meminta segala urusan orang awam dengan majlis di seksyen-seksyen lain dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Suara Sarawak