ARTIKEL

BERCAKAP... Julaihi berucap dalam Majlis Forum Inovasi Sektor Awam Sarawak di Hotel Hilton, di sini, hari ini.

Pelaburan digital wajar diagih secara adil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menggesa agar pelaburan berjumlah AS$6.2 bilion (RM29.2 bilion) oleh Amazon Web Services (AWS) di Malaysia turut melibatkan negeri ini, bagi memperkasakan pembangunan digital, khususnya di kawasan pedalaman.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, memandangkan saiz geografi Sarawak hampir menyamai Semenanjung Malaysia, pelaburan digital yang signifikan wajar diagihkan secara adil.

“Transformasi digital penting bagi merealisasikan aspirasi Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030. Kami yakin AWS mampu memainkan peranan, dan berharap sebahagian daripada pelaburan ini disalurkan ke Sarawak,” katanya ketika berucap di Forum Inovasi Sektor Awam Sarawak, di sini hari ini.

Julaihi turut memberi jaminan bahawa Sarawak merupakan negeri stabil dan berupaya melaksanakan perancangan secara berkesan.

“Kita sudah buktikan menerusi pembinaan lebuh raya dan jambatan yang mengubah landskap luar bandar. Jangan percaya spekulasi — kita ‘walk the talk’,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU