ARTIKEL

Delegasi Sarawak merakam gambar semasa menyertai Kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pasifik dan Timur Tengah 2024 di Lombok, Indonesia pada 2 hingga 6 Julai.

Pelajar Centexs, Swinburne sertai Kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pasifik dan Timur Tengah 2-6 Julai di Lombok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Universiti Teknologi Swinburne menghantar wakil pelajar menyertai Kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pasifik dan Timur Tengah 2024 pada 2 hingga 6 Julai di Lombok, Indonesia.

Dr Anuar bersama delegasi Sarawak yang menyertai Kejohanan Shell Eco-marathon Asia-Pasifik dan Timur Tengah 2024 di Lombok, Indonesia pada 2 hingga 6 Julai.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee yang mengetuai delegasi Sarawak berkata, kerjasama melibatkan CENTEXS, Universiti Swinburne dan Solarvest Borneo Sdn Bhd membuktikan kepakaran dan kemahiran anak Sarawak mula dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau yakin kerjasama Kerajaan Sarawak, CENTEXS dan Swinburne dapat mencapai sesuatu dalam membuktikan efisiensi tenaga hijau adalah lebih baik daripada tenaga lain untuk automotif.

Malah, beliau percaya dengan adanya pendedahan melalui kejohanan seperti ini dengan penglibatan negara luar yang lain mampu memberi idea baharu kepada pelajar meningkatkan efisiensi dari segi bidang automotif dan teknologi hijau.

Pembinaan kereta ultratenaga paling efisien adalah antara objektif utama penganjuran kejohanan tersebut dalam menyediakan peluang untuk generasi baharu melalui kemahiran reka bentuk, teknologi dan kejuruteraan.

Johan bagi kategori prototaip hidrogen dinilai dari segi reka bentuk prototaip, fabrikasi, menguji jentera dan kecekapan pemanduan kenderaan yang boleh melengkapkan pusingan dengan kadar masa yang ditetapkan serta menggunakan gas hidrogen yang paling sedikit.

Individu di sebalik Green Gear-H ialah Ketua Penasihat Projek, Ts. Dr. Muhammad Rafiq Mirza Julaihi, Ir. Dr. Elaine Yeu Yee Lee, Ketua Kapten Ong Jing Mian, Pengurus Teknikal Divyessh Sivakumar, Pelumba Pertama Amirul Supian Tarmizi, Pelumba Kedua (CENTEXS Alumni) Harry Ejay Anak Atit dan Ryan Liaw Tze Cherng.

Untuk rekod, hari pertama pertandingan menyaksikan pasukan Green Gear-H dari CENTEXS, Universiti Swinburne dan Solarvest berjaya melepasi pemeriksaan teknikal dan akan melalui fasa seterusnya pada keesokan hari (Sabtu).

Sebanyak 12 negara, antaranya Arab Saudi, Brunei Darussalam, Filipina, India, Kazakhstan, Korea Selatan, Qatar, Thailand, China dan Vietnam turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Datuk Syeed Hussien Wan Abd Rahman, Pengurus Besar CENTEXS Commercial Shahren Yusri, Timbalan Pengarah Akademi Digital dan Teknologi Hijau Dayang Hanani Abang Ibrahim, serta Tenaga Pengajar Akademi Digital CENTEXS Abang Mohd Arif Anaqi.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha