ARTIKEL

BAHARU... Barisan pelajar baharu di bawah Program Sarjana Pendidikan (TESOL) dan Sarjana Pendidikan (Sains Pembelajaran) bagi sesi akademik 2025/2026

Pelajar China, Somalia dan Singapura sertai Program TESOL dan Sains Pembelajaran UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima seramai 50 pelajar baharu yang mendaftar di bawah Program Sarjana Pendidikan (TESOL) dan Sarjana Pendidikan (Sains Pembelajaran) bagi sesi akademik 2025/2026.

UNIMAS dalam satu kenyataan berkata, kesemua pelajar baharu itu turut merangkumi pelajar antarabangsa dari China, Somalia dan Singapura.

“Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya masing-masing dari China, Somalia dan Singapura.

“Kemasukan pelajar antarabangsa ini membuktikan bahawa program pascasiswazah FPBK mendapat pengiktirafan di peringkat global,” kata kenyataan itu.

Dekan FPBK, Dr. Dilah Tuah berkata, beliau berbangga dengan peningkatan jumlah kemasukan sekali gus mengalu-alukan penyertaan pelajar antarabangsa ke UNIMAS.

“Kehadiran pelajar dari luar negara dan guru-guru dari seluruh Sarawak menunjukkan bahawa FPBK kini menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin memperkukuh ilmu, kemahiran dan profesionalisme dalam bidang pendidikan.

“Di UNIMAS, kita membina pendidik yang berjiwa besar dan berfikiran global,” katanya.

Beliau turut menegaskan FPBK sedang merancang untuk menawarkan dua program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) dan Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PGDE) pada tahun hadapan.

Katanya, ia sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem latihan guru dan pendidik profesional di Sarawak serta rantau Borneo.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU