ARTIKEL

Pelajar mabuk dirogol rakan serumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi di sini mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol rakan serumahnya dalam satu kejadian pada 19 Julai lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 20-an mendakwa dirinya dirogol seorang lelaki warga asing juga merupakan rakan serumahnya selama enam bulan di sebuah kediaman di Desa Senadin.

Difahamkan, kejadian pada jam 11 pagi itu berlaku apabila suspek bertindak mengambil kesempatan ke atas mangsa yang tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Mangsa yang berasa curiga dengan keadaannya selepas sedar bertanya dan meminta suspek menceritakan perkara sebenarnya yang berlaku.

Suspek kemudiannya mengaku perbuatan kejinya yang mengambil kesempatan merogol mangsa yang tidak sedarkan diri pada ketika itu.

Timbalan Ketua Polis Miri Superintenden Sabri Zainol mengesahkan menerima laporan polis dibuat oleh pengadu pada 26 Julai lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di