ARTIKEL

Pelajar teruja baca akhbar kami

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: SMK Agama Saratok (Asar) menerima baik kemasukan akhbar Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune ke sekolah berkenaan.

Pengetuanya Roslan Mohd. Saini berkata, dalam era digital dan ledakan teknologi pada masa kini, kewujudan akhbar bercetak dilihat semakin asing bagi pelajar.

Malah katanya, ramai pelajar yang teruja diperkenalkan dengan dua akhbar tersebut sebaik dibawa masuk ke sekolah tersebut sejak beberapa minggu lalu.

“Sangat bermanfaat dan diterima baik kemasukan akhbar ini ke sekolah kami. Setidak-tidaknya sebagai tambahan kepada bahan bacaan sedia ada untuk guru dan pelajar.

“Akhbar tersebut ditempatkan di pusat sumber sekolah untuk kegunaan guru dan pelajar.

“Para pelajar boleh mendapatkan bahan daripada artikel atau berita yang disiarkan untuk pengetahuan sedia ada mahupun untuk pengisian tugasan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ia juga membantu menyemai minat membaca dalam kalangan warga sekolah. Paparan pelbagai isu di dada akhbar membangkitkan minat membaca pelajar yang selama ini hanya disajikan dengan buku teks dan maklumat daripada media sosial.

Malah katanya, ramai pelajar yang berminat dengan dunia kewartawanan sebagai kerjaya sebaik tamat belajar kelak.

Roslan menjelaskan, pihak sekolah turut mengambil inisiatif menjadikan akhbar Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune sebagai sumber maklumat untuk digunakan penyiar mereka dalam siaran Asar FM yang bersiaran setiap waktu rehat.

Selaku peneraju utama Asar, Roslan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penaja Akhbar Masuk Sekolah (AMS).

Beliau berharap usaha murni ini akan berterusan, di samping menyarankan agar lebih banyak karya kreatif pelajar dan bahan berbentuk pendidikan dimuatkan dalam akhbar berkenaan pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU