ARTIKEL

Kredit foto: Seniman

Pelakon veteran Noor Azizah meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Pelakon veteran Datin Noor Azizah Azizul Hassan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh di sini awal pagi tadi.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) Datuk DJ Dave yang mengesahkan perkara itu berkata beliau dimaklumkan berkenaan pemergian seniwati terkenal berusia 79 tahun terbabit oleh anak Allahyarhamah, Khairena.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Paloh di Ipoh dan pengebumian dijangka selepas zohor hari ini. Allahyarhamah meninggal dunia kira-kira 3 pagi akibat sesak nafas.

“Sebenarnya dia (Noor Azizah) okey sahaja sebelum ini, dia balik kampung untuk menyambut hari raya (Aidilfitri).

Saya pun kalau sempat, saya nak pergi (pengebumian),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Allahyarhamah mula dikenali menerusi filem Dayang Senandong pada 1965 dengan memegang watak sebagai Puteri Mawarni, sebelum namanya melonjak di pentas seni dengan membintangi filem seperti Raja Bersiong dan Enam Jahanam.

Noor Azizah pernah berlakon dalam kira-kira 20 filem, antaranya Sri Andalas, Jangan Tinggal Daku, Durjana, Laksamana Do Re Mi dan Malim Kundang. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU